Laman ini disediakan untuk rujukan pelajar yang mengikuti kursus BMM3105 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Selamat melayari dan memanfaatkan laman ini yang dibangunkan khusus untuk pelajar yang mengikuti kursus BMM3105  semester 3, 2012 di IPG Kampus Keningau.  Laman ini mengandungi bahan-bahan yang berkaitan dengan kandungan kursus yang disusun mengikut minggu. Bahan yang disediakan merupakan input yang pernah digunakan semasa kuliah dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Sesuai dengan matlamat kursus ini yang bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, sudah semestinya kaedah pembelajarannya adalah berorientasikan amali dan aplikasi secara online dan offline.  Justeru laman ini juga menyediakan ruang forum yang harus dimanfaatkan secara maksimum  khususnya oleh para pelajar yang mengikuti kursus ini.

Makluman tentang tugasan kerja kursus atau yang berkaitan dengan kuliah akan dimuat naik di laman ini.  Sehubungan itu, para pelajar perlu melayari laman ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan informasi terkini.

Sekian dan selamat belajar. 

 

Dibangun dan diselenggara oleh Encik Mohd Firdaus bin Abd Salam

IPG Kampus Keningau, Sabah.

 

PENGENALAN

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer merupakan kursus major untuk pelajar Program Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah). Kursus ini bernilai 3 kredit dan dilaksanakan secara amali yang berjumlah 90 jam.

SINOPSIS

Kursus ini menjelaskan tentang Penggunaan Internet, Pemilihan Bahan Internet, Laman Web, dan Tapak Pembelajaran; Perpautan dalam Penyusunan Bahan, Perpautan Antara Bahan; Pengeditan Bahan Pengajaran secara On  Line; Penggunaan Bahasa Melayu dalam Bahan Internet; Simulasi Pengajaran Bahasa Melayu secara Sidang Video; Penggunaan Alat Pengarangan; Animasi dalam Persembahan Bahan; dan Penggunaan CD Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

 

 

 

PENGUMUMAN

Sila buka fail di bawah untuk mendapatkan tugasan kerja kursus.  Sebarang pertanyaan boleh dibincangkan melalui forum.  

02KKBI_2012_TMK_Tugasan.doc 02KKBI_2012_TMK_Tugasan.doc
Size : 38.5 Kb
Type : doc

RUJUKAN PELAJAR 

Ran Semester.doc Ran Semester.doc
Size : 67.5 Kb
Type : doc

IPG Kampus Keningau Beg berkunci 11, 89009, Keningau, Sabah

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola